About Me


Assalamualaikum wbt.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan hidayah-Nya dapat  Mr.Pingu siapkan blog ini. Pertama sekali, blog ini dicipta bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan semua pembaca tentang teknologi pada masa kini dan masa depan (future). Semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Jika pembaca ingin "copy" apa-apa perkataan didalam blog ini Mr.Pingu memberi keizinan penuh tapi dengan syarat hanya untuk kearah kebaikan. 

Jika ada sebarang solan, komen, bolehlah hantar terus kepada Mr.Pingu melalui ruangan "CONTACT". Harapan Mr.Pingu agar pembaca semua dapat menjadikan blog ini sebagai santapan rohani dan minda. Agar suatu masa nanti lahirlah seorang insan yang hebat dunia dan juga akhirat.

Selamat membaca..wasalam.. (^0^)/ 


"SIAPA SAYA??"

Saya adalah manusia biasa yang berusaha mengubah dunia dan meningkatkan pengetahuan khususnya rakyat Malaysia. Selepas tamat SPM, saya melanjutkan pelajaran ke UITM tetapi kerana sedikit masalah saya tidak dapat menamatkan pengajian disana. Selepas itu saya teruskan juga belajar diperingkat sijil di IMBASAN NILAI SDN BHD. Alhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian disana.

Kerana semangat untuk mencari ilmu yang tinggi saya meneruskan pengajian dalam bidang lain iaitu PASTRY AND CAKE, di KOLEJ INFORANA. Akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian disana. Sedikit pengajaran yang ingin saya kongsi ialah jangan berputus asa "REZEKI ALLAH SENTIASA ADA DI DEPAN MU".

Dan bagaimana saya boleh berkongsi ilmu tentang ICT pula mungkin sedikit berlainan ianya datang dalam jiwa saya berdasarkan kajian berterusan dan usaha yang tidak jemu selama bertahun-tahun. Saya percaya "SETIAP SEORANG DARI KAMU TELAH DIKURNIAKAN DENGAN BAKAT-BAKAT YANG BERBEZA". 

Akhir kata. "(WE TEACH WHAT WE LEARN)". ~