Baju Muslimah Kanak-kanak

1 July 2013

Check Ranking Website


Assalamualaikum wbt. Hari ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu kepada pembaca semua. Cara mudah untuk mengetahui ranking website/blog korang dengan mudah dan cepat. Apa yang ingin saya tunjukkan kepada pembaca semua mungkin berguna kepada semua dan kepada yang sudah mengetahui Alhamdulillah. =) Semoga dengan sedikit penerangan yang saya sampaikan berguna untuk semua. 


1. Pingdom 

Saya percaya ramai yang menggunakan website ini sebagai salah satu internal tool untuk membaiki kerosakan website/blog. Ianya mudah digunakan, sangat ringkas, semua pengguna boleh memahami dengan baik walaupun kali pertama megunjunginya. Jadi kegunaan website ini sangat popular hari demi hari ianya kerana sangat mesra pengguna dan semestinya percuma.

2. GTmetriks  

Untuk tool ini pula ianya lagi senang dan mudah difahami, tool ini juga disertakan ranking A,B,C, atau D. Kelebihan tool ini juga ialah ianya disertakan ranking daripada Yahoo iaitu Yslow. Jadi mudah bukan? Boleh dikatakan ialah check ranking dua dalam satu, dari GTmetriks dan Yahoo. Jadi selamat mencuba mana-mana satu pon pembaca boleh memilihnya. 


Akhir sekali, jika pembaca ingin meningkatkan SEO saya percaya tool ini sangat berguna kepada pembaca semua. Senang digunakan, ringkas, street to point, mesra pengguna, dan paling penting ianya daripada GOOGLE sendiri. Jadi apa tunggu lagi jom layan. Diharap semua pembaca dapat manfaat sedikit sebanyak daripada perkongsian ini. InsyAllah. (^O^)/

Sumber/Rujukan:
1. Gambar 1 
Reactions:

2 comments: